Monday, January 19, 2009

ORANG YANG MENCINTAI KAMU........

] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan
alasan kenapa dia mencintai kamu.
Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih,
dia tidak perduli!
Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi
impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya,
di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin
kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja
yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti
'Selamat Pagi','Selamat Hari Minggu', 'Selamat Tidur',
'Take Care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas
SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan
cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan
"aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya
ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan
menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian
yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang
berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana
saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata
yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri
lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan
kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh
harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau
musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai
kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu
kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu,
kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu
kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu,
tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang
selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS
atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia
imbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan
tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia
akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat
kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang
miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa,
tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang
bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi
bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana
kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan
ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa
memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang
boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia
benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata,
jauh dihati?'
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada
seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL
seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari.
Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS.
Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan
melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan
minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn
sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan
dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah
mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana
permintaan mu.
20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi
sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari
kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun
yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan
segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi
reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya
kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu
memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan
karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan
kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

**Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas
kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia-
siakan orang tersebut...
kamu akan menyesal melakukannya!

6 comments:

Anonymous said...

pergh, jiwang giler ko punya post

PIKIRSENDIRILAH said...

jiwang jenis angan tak sudah ni..

PIKIRSENDIRILAH said...

ketahuilah sesungguhnya allah swt sayang kepada hambanya..maka jadilah hamba allah dengan sebaik-baiknya...

Aku, Kau & The Geng said...

yup butul.wa caya sama luuuuuu

PIKIRSENDIRILAH said...

wa tarak pacaya cama lau...

wanhamery said...

gua caya sama gua...