Monday, September 15, 2008

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

DIINGATKAN SEMULA supaya tak lupa...

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. . jika ada anak-anak yang tak tau
mengucap.. tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang
berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah.... tapi boleh
mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa.....
berjaya sudah Yahudi.... Hingga
kita terfikir.... . bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana. . di kaca
tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah.. kekadang
adegan sex
tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton
filem hanya kerana ada adegan sex.. filem 18SX amat laris berbanding
filem U... VCD lucah mudah didapati... dan harganya amat murah...
Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh
Yahudi laknatullah. .....

3. ..Smoke....
Rokok.. menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak
moden jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya
bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to
date"..Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja....ataupun penari
kabaret.... (aku tengok dari filem P Ramlee).... Syabas yahudi...
berjaya lagi kamu....

4. ....Sport...
Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-
sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola
sepak pun perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah
jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss.. bukan yang bermain
sahaja tak sembahyang.. . yang menonton pun tak sembahyang juga...
Kalau menonton di rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak
nampak macam mana masuk GOL.... Yahudi gol lagi.... sampai ada
ulamak kata... kerana sukan..sembahyang boleh tangguh... Masya-
Allah,..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. .. Kalau
kita lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan..
Kalau ada konsert.... sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....pelbagai maksiat
akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .terutama dalam
iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan
perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta...di hadapan bateri
terpampang gadis dengan pakaian tidak menutup aurat beraksi... apa
kena mengena bateri kereta dengan perempuan? Yahudi bersorak
lagi.....

7...Fashion. ...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam..sehinggakan kalau
pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana
dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang
kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut
lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. .. Bila
warnakan rambut.. mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..
bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah
rambut diwarnakan.. . sembahyang pun tak sah...
malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis
air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa
lagi....Umat
islam sudah jadi macam Yahudi....

8. .. Food..Makanan. .
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat
termasukalah McD , Kentucky , Pizza hut... dan seribu satu macam
lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang
hina....masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi
makanan Barat menjadi kebanggaan.. .Bila makanan datang dari Barat..
adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky .. rempahnya
datang dari Amerika.... siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila
makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat
Islam yang
bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam
yahudi...Nauzubilla h.....Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam
lagi.... kita cinta Malaysia ...... tapi lebih cintakan ALLAH.....
oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia
dengan kepentingan Allah......

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh : Surah Al Baqarah - Ayat
102
Anak2 pandai belajar : Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran : Surah Al Anbiyaa - Ayat 69 dan
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5
Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada
air dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah
Langkah 1:
· Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
· SUBHANA'LLAH · ALHAMDULI'LLAH · LAA I LAAHA ILLA'LLAH · ALLAHU
AKBAR
· ASTAGHFIRU'LLAH
· LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
· ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA
AALIHI· WA SAHBIHI AJMA'EEN
Langkah 2:
· Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,
perkataaan demi perkataan

BERKONGSI........

Pada suatu hari, sepasang suami isteri yang sudah lanjut usianya mengunjungi pejabat lama mereka bagi mengingati kembali nostalgia semasa mereka berkerja dahulu.. Kesempatan ini digunakan oleh mereka untuk menikmati sup ekor yang terkenal di kantin masa itu. Kebetulan pada masa makan itu ramai pegawai yang turut serta makan melihat pasangan tersebut dan melihat kemesraan mereka.

Si suami dan isteri berbaris memesan sup ekor mereka tetapi mereka hanya memesan satu mangkok sup ekor, sepinggan nasi dan dua gelas the ais serta satu pinggan dan mangkok kosong. Semua orang memerhatikan gelagat pasangan suami isteri dengan rasa hairan. Mengapa mereka hanya membeli satu pesanan sup dan ansi sahaja? Malah beberapa orang pekerja sedih melihat kedaifan kedua orang tua itu kerana hanya mampu membeli makan untuk seorang sahaja. Si suami mula membahagikan nasi dan sup ekor itu kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk dirinya dan satu lagi diserahkan kepada isterinya. Kemudian mereka pun makan dan sisuami terus makan dan si ieteri tersenyum melihat sisuami makan tanpa makan walaupun sedikit.

Seorang pekerja tiba-tiba berdiri dan berjalan menuju kemeja mereka> Dengan rasa sedih, pekerja itu mempelawa mahu membelanja pasangan berkenaan semangkuk sup ekor lagi. Dia terharu melihat pasangan suami isteri yang difgikirkannya hanya mampu membeli satu hidangan sahaja. Namun pelawaan itu di tolak dengan lembut oleh pasangan tersebut dengan mengunakan bahasa isyarat, sambil keduanya tersenyum mesra.

Si suami kembali menyambung menikmati makananya sementara isterinya memandang sambil tersenyum sehinggalah sup ekornya sendiri menjadi sejuk. Selepas beberapa lama, pekerja tadi datang semula kemeja pasangan berkenaan kerana gelisah melihat gelagat mereka berdua. Si isteri masih tidak makan hanya menunggu suaminya menghabiskan makanan. Betapa besarnya cinta isteri kepada suami sehingga rela berkorban menunggu suaminya selesai makan.

Pekerja tadi sudah tidak dapat menahan rasa hairanya lalu bertanya, ”Makcik, saya lihat dari tadi makcik tidak makan tetapi hanya menunggu dan melihat pakcik makan. Boleh saya tahu, mengapa makcik tidak makan dan apa yang makcik tunggu?” Dengan tersenyum, si isteri menjawab, ”Makcik tunggu gigi palsu, yang sedang dipakai oleh pakcik tu........

Sunday, September 14, 2008

Kain Kapan Haji Teepo (iktibar)

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa
saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo
adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.
Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan
kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang
belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor
mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan.
Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula
mengenangkan segala aktivitinya selama ini. Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya."Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana
sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri
Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang
meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. A pakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari
rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I
lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah
kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."
Isterinya masih ragu-ragu." Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi. "Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

" Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu.....
Ambik le iktibar

Pontianak

Pada suatu malam 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat, mereka pun Cuba membuktikan kehebatan masing-masing.
Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan Ada kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.
Pontianak A : Kau orang nampak rumah TU?
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak A : Satu rumah TU habis aku kerjakan.
Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 10 saat kemudian balik semula ke pokok tersebeut. Kelihatan Ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.
Pontianak B : Kau orang nampak kampung TU?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung TU aku kerjakan.
Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak A Dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.
Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana TU?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err... Tadi aku tak nampak...

Saturday, September 13, 2008

cerita untuk suami......

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah
dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi
kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia
mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk
menanggung keluarga.
Satu malam yang hening...
Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku
hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya
aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku.
Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat
merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di
rumah"
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi
besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja
dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan
sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan
mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu
menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju
anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak
bawa ke sekolah.
Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah.Balik
dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang
lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur
ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip
kain busuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur.Pastu
baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.
Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil
anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum
mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas
rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.
Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan
dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru
diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu
Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan
malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci
pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya
anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00
malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai
lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.
Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa
isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam
Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua
kali lohe dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa
semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum
kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami
semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini
bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di
rumah dan aku keluar bekerja"
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu
belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah
menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???... 9 bulan 10 hari???
.....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak
taaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!
"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"
Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus
memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang
jadi suami???
"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah
abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu
isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab
pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu
seharian melihat gelagat suaminya.........

Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang
tidak ternilai.. so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam
sini..hargailah isteri anda..

Mengapa WANITA sangat Istemewa......

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi....nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi...gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

Renungkanlah cerita ini dengan pandangan masing-masing.......

Wednesday, September 10, 2008

Teladan dpd kisah Mustapha Kamal Ataturk

Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PMTurki)
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai talileher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliausendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yangpertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalaurakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubahdengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkanTurki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dantugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau denganterang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan denganurusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkanundang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim danfakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arabkepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwaapabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan> tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartukadalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yangdiberikan oleh askar itu.
Kematian Kamal Atartuk Yang MenyeksakanDi saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepadabeliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaandan azab yang Allah berikan di dunia.Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasagatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksadiarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan aisdi dalam selimut untuk menyejukkan beliau.Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliaumenjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh keranatidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawabtelah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam botdengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedarselepas itu tetapi beliau hilang ingatan.Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam danakhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang punyang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuanbeliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan danmenyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagibalasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bilamayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nakbayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkanke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar)selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnyahendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi takmenerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukitditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam dicelah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki,seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Mukjizat Azan

Mukjizatnya AzanPesanan Semasa Mendengar Azan...Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang.Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
Wallahualam...