Sunday, September 14, 2008

Pontianak

Pada suatu malam 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat, mereka pun Cuba membuktikan kehebatan masing-masing.
Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan Ada kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.
Pontianak A : Kau orang nampak rumah TU?
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak A : Satu rumah TU habis aku kerjakan.
Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 10 saat kemudian balik semula ke pokok tersebeut. Kelihatan Ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.
Pontianak B : Kau orang nampak kampung TU?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung TU aku kerjakan.
Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak A Dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.
Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana TU?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err... Tadi aku tak nampak...

1 comment:

wanhamery said...

pulangkan ##@$$#%^@@#% zul...