Sunday, January 18, 2009

Cara nak jimat minyak......

Berikut ringkasan tips mengisi minyak bagi mengoptimumkan penggunaan minyak anda.

1) Isi minyak pada seawal pagi di mana cuaca dalam keadaan paling sejuk dalam seharian.
2) Semasa mengisi minyak, gunakan pengepam minyak pada tahap paling perlahan.
3) Isi minyak di masa baki minyak kereta anda separuh penuh.
4) Elakkan mengisi semasa lori penghantar minyak memasukkan minyak ke stesen minyak tersebut.
5) Elakkan memandu secara agresif , tekan minyak pada kadar yang perlahan-lahan.
6) Elakkan menghidupkan kereta dan terus memulakan perjalanan dengan pantas.
7) Sentiasa menjaga kadar kelajuan yang ditetapkan terutama di lebuhraya.
8) Elakkan selalu menekan brek semasa memandu & takan brek bila perlu sahaja.
9) Kurangkan/buang halangan angin pada kereta anda, seperti rak atas atap kereta, pakai masa perlu sahaja.
10) Bersihkan kereta anda, keluarkan yang mana tidak perlu.
11) Sentiasa menjaga angin tayar anda supaya berada dalam keadaan cukup dan tidak lebih.
12) Dapatkan "spark plug" yang berkualiti untuk pembakaran minyak yang optimum.
Selamat memandu..Hati-hati di jalan Raya.

6 comments:

rosdi said...

mari dengan bas himda lahh,,,
minyak nyior lepas goreng yang tak habis boleh guna,,
simpang kete dalam bilek.
tido dan gosok2 kete
baru jimat name nye

PIKIRSENDIRILAH said...

banyak mau komen ni..
1)isi minyak mana boleh awal pagi..xkan nak isi kul 1pg..2 pg..orang nak tido la..
2)mana tau pam cepat ke lambat..lagipun kenapa nakwak keje perlahan..orang nak cepat la bang..
3)isi masuk separuh..kadang2 sedar2 dah kosong..
4)dah kebetulan lori tengah isi minyak..takkan nak hambat lori tu suruh balik..
5)setahu adik..abang sorang je mandu agresif..

PIKIRSENDIRILAH said...

sambung gi..
6)gila stat kete terus gerak..enjin kena panas dengan secukupnya..baru enjin tahan lama..
7)highway apa..dari marang ke dungun mana ada highway bang..abang guna jalan highway mana ni..
8)kaki kiri ke kaki kanan?letak kat pada tu standby namanye..
9)mana ada rak atas kete..apa a..macam xpernah tengok kete je..
10)bersih kete basuh la..bukan keluarkan mana yang tidak perlu..

PIKIRSENDIRILAH said...

semula lah sambungnya..

Aku, Kau & The Geng said...

dengki ng kete aku lah tu. mentang2 kete aku jimat myk.... klu nak jimat lg guna je org minyak tolak kereta tu. lg jimat....

PIKIRSENDIRILAH said...

xde dengkinyeee.....